Siapa yang tidak pernah merasakan cinta seumur hidupnya.. Paling hebat cinta pada kita di semua adalah cinta daripada allah.. Allah sayang kat kita sebab tu allah bagi kita menyedut oksigen (udara) secara PERCUMA tau.. Ada allah kata 'siapa nak sedut oksigen yang aku beri kene bayar rm0.20 sesaat'... tak de kan??? siapa cakap adew ... ketu pale dia nanti.. hehe :D
juz a joke.. tapi itulah kebenarannya.. Pelbagai kurniaan allah berikan pada kita .. akal, matahari, bulan, malam, siang , kasih ibu bapa, sahabat, dan macam2 lagi x terbilang pelbagai kurniaannya.
Namun kasih sesama manusia ada batasnya selagi tiada ijab dan kabul. Cinta monyet aku time form 2. Pada suatu hari ,miss dapat surat daripada syaaban (salah seorang anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berdekatan rumahku dan belajar di sekolah yang berbeza). Dia tulis surat cinta la kowt. dh 7 tahun x ingat apew dia tulis but antara perkara yang tidak mungkin dilupakan . Syaaban berasal dari Kedah. Dia baik tapi muda setahun. Kami tak pernah declare yang kami adalah kekasih. sekadar suka2 jew time 2 sebab miss masih muda ketika itu. Miss dapat 4 pucuk surat semasa berkawan. Tak taw la apew yang dia minat sangat kat miss... Miss x la cantik sangat time 2.. x dew rupa macam model.. Klu wat photoshoot pown konpem x terpilih.
Semasa berkawan dengan dia , miss dapat sepasang baju kurung dan sebotol minyak wangi.. Demi menjaga hatinya pernah la masa aku kayuh basikal time petang-petang , miss pakai baju tu dan semasa berkawan dengan dia, dia boleh p sembang dengan abah aku.. huhu.. time tu miss duk kat dapur dengar apew yang si syaaban ni duk sembang and tanya abah miss..
Hilangnya kehadiran dia. Tak tahu sama ada dia telah dihantar ke rumah anak yatim lain atau telah diserahkan pada pihak tertentu.. Hari ini baru miss perasan , miss tak pernah ada perasaan lebih daripada kasih sayang kakak kepada adiknya. Mungkin dia telah dapat pengalaman sepanjang perkenalan kami yang tidak lebih setahun. Mungkin jugak dia telah mulakan hidup dengan insan yang lebih baik daripada miss..

No comments:
Post a Comment